Sunday 16 October 2016

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan SKLB 2016

Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan 2016 pada 24 Ogos 2016.

Sambutan ini diadakan di sebelah dengan kerjasama dari pelbagai pihak terutama ibu bapa, guru, dan murid. Sambutan dimulakan dengan ceramah kemerdekaan oleh PK Kokurikulum, Ustaz Mohd Idris Bin Abdullah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan sajak, dan nyanyian lagu patriotik.

Majlis diakhiri dengan gimik kemerdekaan iaitu Larian Kemerdekaan dengan penyerahan bendera kepada Guru Besar Puan Hajjah Saniya Binti Salam.


Done? Like it, share it :) Blink blink!

Sambutan Hari Raya SKLB 2016

Pihak sekolah SKLB telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 22 Jun 2016. Sambutan yang diadakan mendapat kerjasama dari pihak guru, ibu bapa dan murid.




Done? Like it, share it :) Blink blink!

Wednesday 29 June 2016

Jamuan berbuka puasa SKLB 2016



Pada 29.6.2016, Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang telah mengadakan majlis berbuka puasa dan solat hajat bertempat di Masjid Zul Jalal Ladang Binuang. Majlis ini bertujuan untuk mengumpulkan ibu bapa murid dan murid tahun 6 bersama sama memohon kepada Allah supaya dilancarkan urusan ketika peperiksaan UPSR nant.

Sebelum berbuka, Majlis dimulakan dengan penyerahan wang zakat dan fidyah oleh pohak Pertubuhan Dakwah Islamiah Kunak (PEKDIS) dan dari pihak sekolah sendiri. Seramai 16 orang murid yang kurang bernasib baik mendapat bantuan pada hari tersebut.
Done? Like it, share it :) Blink blink!

Tuesday 28 June 2016

Motivasi Jejak Ilmu

Murid murid di Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang bertuah kerana telah berpeluang mengikuti ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah dari Indonesia iaitu Encik Sudarman Bin Nasir. Beliau merupakan lulusan Universiti Chulalangkorn  di Bangkok Thailand.

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Senaman Otak

Pada 23 April 2016, murid murid SK Ladang Binuang telah mengikuti sesi senaman otak yang dipimpin khas oleh guru besar Puan Hajjah Saniya Binti Abdul Salam. Sesi senaman otak ini bertujuan merangsang keupayaan minda murid untuk bergerak aktif sebagai persediaan untuk menduduki UPSR 2016 nant.

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Perkhemahan Jambori Nusantara Antarabangsa

Pada 12 Mac hingga 16 Mac 2016, telah berlangsung Perkhemahan Jambori Nusantara Antarabangsa yang bertempat di Kompleks Sukan Stadium Tawau, Tawau. Perkhemahan ini disertai dengan penglibatan dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia.

SK Ladang Binuang turut tidak ketinggalan untuk mengikuti perkhemahan ini. Seramai 40 orang pengakap kanak kanak serta 3 orang pemimpin dari SK Ladang Binuang telah menyertai dengan jayanya perkhemahan ini dari hari pertama hinggalah hari terakhir perkhemahan.

Hal ini bertepatan dengan pemilihan kebitaraan sekolah ini iaitu pengakap, dimana SK Ladang Binuang menjadi penanda aras atau pakar rujuk dalam aktiviti berpengakap bagi kawasan sekitar. Sesungguhnya dengan penglibatan ini telah memberi seribu satu pengalaman dan ilmu kepada pengakap kanak kanak serta pemimpin sendiri.

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Karnival Nilam Peringkat Tenggara dan Peringkat Negeri

Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang telah mengikuti Karnival Nilam Peringkat Zon Tenggara pada 27.2.2016. Seramai 3 orang murid telah mewakili SK Ladang Binuang dan bertanding dalam 2 kategori iaitu kategori Bahasa Inggeris (sekolah pedalaman) dan Bahasa Melayu (sekolah pedalaman). Adik Muhammad Azim telah mewakili sekolah dan daerah kunak dalam kategori Bahasa Inggeris manakala adik Nur Ain dan Siti Adha mewakili sekolah dan daerah kunak dalam kategori Bahasa Melayu.

Kesemua mereka telah berjaya muncul johan dan naib johan dalam Karnival Nilam peringkat daerah Kunak yang diadakan pada tahun lalu. Ini melayakkan mereka menyertai Karnival Nilam peringkat tenggara ini. Tuah terus mengiringi adik Azim apabila beliau berjaya muncul johan peringkat tenggara sekaligus melayakkan beliau untuk mewakili tenggara ke peringkat negeri yang diadakan di Keningau, Sabah. Adik Nur Ain mendapat tempat kedua manakala adik Adha mendapat tempat ketiga.

Di Sekolah Menengah Agama Keningau (7 Mac hingga 10 Mac 2016) iaitu dalam peringkat negeri, adik Azim turut berjaya mencatat keputusan yang membanggakan iaitu naib johan Bahasa Inggeris bagi kategori pedalaman. Hal ini merupakan suatu kebanggan bagi pihak sekolah di atas kejayaan yang julung kalinya ini.


Done? Like it, share it :) Blink blink!

Seminar Didik Berita Harian 2016

Berita Harian saban tahun akan mengadakan Seminar Didik yang bertujuan khusus untuk membantu murid murid di seluruh negara. Di negeri Sabah misalnya, seminar ini telah diadakan di Kota Kinabalu, Semporna dan Lahad Datu.

SK Ladang Binuang turut tidak melepaskan peluang untuk mengikuti Seminar Didi UPSR Berita Harian ini sebagai persiapan untuk murid tahun 6 menduduki UPSR. Tambahan pula seminar yang diadakan di Lahad Datu ini tidak jauh dari lokasi sekolah dan memudahkan murid untuk mengikuti seminar ini.

Seminar diadakan selama 2 hari iaitu pada 27 dan 28 Februari 2016. Pada hari sabtu (27.2.2016) murid murid telah mengikuti seminar sains dan bahasa inggeris. Manakala pada hari ahad (28.2.2016) seminar bagi subjek bahasa melayu dan matematik pula yang diadakan.

Murid telah mendapat pelbagai manfaat berkenaan tips dan taktik untuk menjawab soalan daripada penceramah yang merupaka  guru pakar dalam subjek subjek berkenaan

Done? Like it, share it :) Blink blink!

watikah pelantikan pengawas

Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang telah mengadakan watikah pelantikan pemimpin pemimpin pelajar pada tanggal 18 februari 2016. Watikah pelantikan ini diadakan sebagai lambang pengiktirafan serta pembakar semangat kepada pemimpin pemimpin murid yang telah dilantik.

Sebanyak 55 orang murid yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber serta ahli kelab doktor muda menerima watikah pelantikan pada hari tersebut.

Watikah pelantikan disempurnakan oleh Sarjan Muhammad (Pegawai polis Daerah Kunak) dengan diiringi oleh Guru Besar SK Ladang Binuang, Puan Hajjah Saniya Bt Abdul Salam. Ikrar dibacakan oleh ketua pengawas, adik Muhammad Azim Bin Jamal dihadapan Sarjan Muhammad.

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Sunday 26 June 2016

Kem Riang Ria Pemakanan dan Perasmian Bulan Pemakanan

SK Ladang Binuang telah mengadakan Kem Riang Ria Pemakanan dan Perasmian Bulan Kemerdekaan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Daerah Kunak. Progarm ini diadakan pada 13 April 2016.

Program bermula tepat jam 1.30 petang dengan program pemeriksaan kesihatan oleh jururawat dan penolong pegawai perubatan. Ibu bapa dan guru tidak melepaskan peluang untuk memeriksa status kesihatan mereka. Antara yang diperiksa ialah kadar tekanan darah dan jantung.

Seterusnya ialah acara cabaran teh tarik. Sejumlah 10 orang murid telah mengambil bahagian dalam acara ini. Pemenang diadili melalui kreativiti persembahan, zat, kebersihan dan gaya. Kesemua peserta bersaing sengit untuk memikat hati para juri.

Sejurus itu, telah berlangsung acara membuat sandwich. Pelbagai cara telah dilakukan oleh para peserta khusus untuk menambat hati juri. Masing masing menunjukkan kreativiti bagi menambahkan rasa sandwich yang dibuat. Sandwich yang dihasilkan mestilah menepati tema iaitu mempunyai ciri ciri diet yang sihat.

Encik Izaaz iaitu Pegawai Pemakanan Klinik Kesihatan Kunak telah menyampaikan taklimat kesihatan kepada hadirin yang hadir. Selain itu beliau juga turut memberi sedikit kuiz kepada murid dan memberikan hadiah kepada murid yang menang.

Para ibu bapa turut tidak ketinggalan untuk mengambil tempat dalam program ini. Penganjur program telah menganjurkan cabaran teh tarik khas untuk ibu bapa. Pelbagai aksi mencuit hati telah ditampilkan dalam acara ini. Kesemua yang hadir terhibur melihat aksi ibu bapa menarik teh tarik dengan gaya yang tersendiri.

Sebelum pulang, semua hadirin telah mengikuti acara senamrobik. Majlis berakhir pada jam 5.30 petang

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Tuesday 3 May 2016

Pelancaran Kelab Doktor Muda

Pada 9.4.2016 SK Ladang Binuang telah menghantar seramai 10 orang murid ke Pelancaran Kelab Doktor Muda Daerah Kunak. Daerah Kunak mencatat sejarah yang tersendiri apabila mencatat 100% penubuhan kelab doktor muda di dalam daerah. Hal ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Pelancaran kelab ini dibuat secara ringkas tetapi meriah. Perasmian pelancaran disempurnakan oleh Ahli Parlimen Silam Datuk Haji Datu Nasrun Bin Datu Mansur.
Done? Like it, share it :) Blink blink!

Solat Sunat Gerhana

Pada 9 Mac, lebih kurang jam 9 pagi, seluruh Malaysia telah mengalami gerhana matahari. Fenomena itu yang merupakan fenomena alam yang jarang jarang berlaku dikatakan hanya berlaku setiap 20 tahun.

Warga SKLB turut tidak terkecuali menyambut fenomena ini dengan memanjatkan kesyukuran atas kebesaran ilahi. Justeru seluruh warga SKLB telah bersama sama mengerjakan solat sunat gerhan tepat jam 9.30 pagi

Solat dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Saiful Adli Bin Hashim. Beliau turut bertindak sebagai khatib membacakan khutbah solat sunat gerhana. Sesungguhnya hadirnya gerhana matahari ini merupakan manifestasi kebesaran ilahi sebagai lambang kekuasaanNya. Allahuakbar.

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Majlis Persaraan Encik Liman Bin Nasir

Pada tanggal 10 Mac 2016, Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang telah mengadakan Majlis Persaraan Encik Liman Bin Nasir peringkat sekolah. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Encik Liman sambil diiringi paluan kompang bersama. Beliau diarak dengan jentera pacuan empat roda yang dihias indah khas untuk majlis ini. Selepas diarak. Beliau dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Usai jamuan, majlis di pentas pun bermula. Pelbagai persembahan dipeesembahkan oleh murid dan guru khas untuk Cikgu Liman yang akan bersara. Paling istimewa duet khas dari Encik Ali bersama murid murid tahun 6 yang mendendangkan pelbagai lagu menyentuh kalbu.

Acara kemuncak majlis ini adalah ucapan atau amanat khas dari Cikgu Liman kepada seluruh warga SKLB. Sesungguhnya dengan persaraan beliau SKLB telah mengalami kehilangan yang sungguh besar.

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Majlis Mesyuarat Agong PIBG, Konvokesyen Tahun 6, dan persaraan Encik Liman Bin Nasir (Peringkat PIBK)

Pada 6 Mac 2016 (Ahad), Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang telah menganjurkan 3 majlis serentak sempena Mesyuarat Agong PIBG tahunan yang diadakan. 3 majlis tersebut ialah Mesyuarat Agong PIBG 2016, Istiadat Konvokesyen Tahun 6 2015 dan Majlis memperingati jasa Encik Liman Bin Nasir sempena persaraan beliau.

Majlis dimulakan seawal jam 7.30 pagi. Ibu bapa dan guru mendaftarkan kehadiran dan seterusnya mengambil tempat untuk Mesyuarat Agong PIBG. Pelbagai agenda telah berlangsung dan pelbagai usul telah dibincangkan demi untuk kemajuan pendidikan anak murid SKLB.

Usai mesyuarat, majlis diteruskan lagi dengan istiadat Konvokesyen murid tahun 6 2015 sempena pencapaian mereka pada upsr tahun lalu. Murid terbaik yang diraikan pada majlis itu ialah adik Nur Fatin Izzati Bin Abu Bakar yang mendapat keputusan 5A. Beliau diiringi ibunya mendapat wang saguhati beserta sijil iringan.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan majlis Setulus Hati Lambaian Kasih iaitu majlis sempena memperingati jasa Encik Liman Bin Nasir yang juga PK HEM. Beliau akan bersara dalam masa seminggu lagi. Justeru majlis diadakan dengan kerjasama PIBK untuk menghargaikan dan meraikan beliau.




Done? Like it, share it :) Blink blink!

Tuesday 16 February 2016

Penutupan Program Transisi dan Permuafakatan Pra Sekolah 2016

Pada 19.1.2016, SK Ladang Binuang telah mengadakan Penutupan Program Transisi dan Permuafakatan PraSekolah. Penutupan program transisi ini merupakan sombolik kepada berakhirnya program transisi tahun 1 yang telah berlangsung selama 2 minggu.

Dalam majlis itu, semua ibu bapa murid tahun 1 dan murid prasekolah telah dijemput untuk bersama sama pihak sekolah bagi membincangkan hal penting untuk kebaikan anak mereka.

Majlis bermula pada jam 7.30 pagindan berakhir jam 2 petang. Penceramah motivasi turut dijemput untuk memberi motivasi kepada para ibu bapa. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Abu Samah, Timbalan PPD Kunak.
Done? Like it, share it :) Blink blink!

Program Gigi Sihat Doktor Muda

Pada 18.1.2016. SK Ladang Binuang telah mengadakan Program Demonstrasi Gigi Sihat di bawah kendalian Kelan Doktor Muda. Semua murid dari tahun 1 hingga 6 terlibat dalam program tersebut.

Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid tentang cara cara menggosok gigi yang betul. Demonstrasi telah dijalankan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Abbas Adul dan dibantu oleh Encik Adanan Herang.



Done? Like it, share it :) Blink blink!

Sunday 17 January 2016

10 Januari 2015 - Sambutan Maulidur Rasul

    Pada 10 januari 2016, Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Ladang Binuang telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Ladang Binuang. Sambutan itu yang merupakan kali kedua diadakan seumpamanya telah melibatkan sekolah sekolah dia Ladang Binuang, Kilang Binuang dan penyertaan dari Ladang Binuang sendiri. Selain SK Ladang Binuang, sekolah lain yang terlibat ialah Pusat Bimbingan Humana, dan Tadika Ladang Binuang

    Selain dari menyemai rasa cinta pada junjungan mulia Nabi Muhammas SAW, sambutan ini turut bertujuan menjalinkan semangat muhibbah dan jalinan kerjasama antara murid-murid, guru-guru dan masyarakat setempat khasnya.

    Program bermula seawal jam 7.30 pagi dan dimulakan dengan acara perarakan mengelilingi perumahan ladang binuang, bermula dari padang binuang ke masjid ladang binuang oleh murid, guru, ibu bapa dan masyarakat. Setelah itu majlis diteruskan lagi dengan acara berzanji, ceramah maulidur rasul, nasyid, sajak dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan bunga telur. Sejurus itu para tetamu dijamu dengan hidangan tengahari yang disediakan oleh pihak masyarakat Ladang Binuang. Majlis selesai sekitar jam 12.30 tengahari




Done? Like it, share it :) Blink blink!

Friday 8 January 2016

4 Januari 2016 - Program Guru Penyayang


Hari pertama sesi persekolahan 2016 yang ceria.

Barisan para guru SKK SK Ladang Binuang bersama pemantau daripada PPD Kunak.



Done? Like it, share it :) Blink blink!

2 Januari 2016 - Gotong-royong Perdana



Tahun baharu dimulakan dengan permuafakatan ibu bapa dan guru dengan mengadakan gotong-royong persiapan keceriaan bilik darjah. Aktiviti gotong royong sebegini sudah menjadi rutin bagi PIBG SKK SK Ladang Binuang sebelum sesi persekolahan bermula.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut  ialah : memasang lapik meja dan menjahit langsir kelas. Setiap tahun semua akan  bertukar baru bagi  menyuntik semangat dan motivasi murid-murid untuk belajar dalam suasana yang baru dan ceria. Selain itu juga ibu bapa turut menanam pokok bunga hiasan di sepanjang koridor kelas menggunakan botol-botol minuman plastik.

Pada tahun 2016 SKK SK Ladang Binuang memilih tema warna merah jambu untuk semua kelas, pejabat dan bilik-bilik khas.




" Muafakat membawa berkat"

Semoga motto "Berusaha Bekerjasama" terus menjadi amalan semua warga SKK SKLB.

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Seminar Didik Berita Harian Di Lahad Datu

Berita Harian saban tahun akan mengadakan Seminar Didik di seluruh negara. Di negeri Sabah, terdapat beberapa tempat yang dipilih oleh pihak Berita Harian. Sebagai contoh di Kota Kinabalu, Lahaf Datu dan juga Semporna.

Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang turut tidak ketinggalan untuk mengikuti Seminar Didik UPSR Berita Harian ini. Pihak sekolah SK Ladang Binuang telah menghantar seramai 41 orang murid untuk mengikuti seminar ini yang diadakan di Lahad Datu.

Seminar ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 27 dan 28 Februari 2016. Pada hari sabtu (27.2.2016), murid murid telah mengikuti seminar bagi subjek bahasa inggeris dan sains. Manakala pada hari ahad (28.2.2016). Seminar bagi subjek matematik dan bahasa melayu pula diadakan.

Pelbagai ilmu telah ditimba oleh murid murid sepanjang 2 hari seminar tersebut.



Done? Like it, share it :) Blink blink!

Jom Kembali ke Sekolah!!



Done? Like it, share it :) Blink blink!

Design by me. Powered by Blogger.