Tuesday 23 May 2017

Majlis Apresiasi Setulus Kasih Seindah Memori

Majlis Apresiasi Setulus Kasih  Seindah Memori telah diadakan khusus untuk meraikan Cikgu Abbas yang telah berpindah ke SK Mostyn.

Majlis berlangsung pada 23.5.2017 dan diadakan di Restoran Madu, Kunak. Majlis disertai oleh semua guru dan staf SKLB dan disambut dengan penuh meriah.

Pelbagai acara diadakan seperti tayangan video, karaoke dan sebagainya khusus untuk meraikan Cikgu Abbas yang telah banyak berjasa kepada sekolah.




Done? Like it, share it :) Blink blink!

Cikgu Abbas berpindah ke SK Mostyn

Pada 3 April 2017, Encik Abbas Adul, mantan Penolong Kanan Pentadbiran SK Ladang Binuang secara sah telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Mostyn dan menjawat jawatan yang sama iaitu Penolong Kanan Pentadbiran.

Encik Abbas Bin Adul merupakan guru yang paling lama di sekolah ini dan merupakan satu satunya guru yang telah bersama dengan sekolah ini seawal penubuhannya.

Sesungguhnya dengan perpindahan Encik Abbas ini telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap warga sekolah. Hal ini kerana Encik Abbas atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Abbas terkenal kerana telatah yang riang dan menghiburkan seluruh warga sekolah. Sekolah akan merindukan kelibat cikgu abbas nant. Selamat berpindah ke sekolah baru Cikgu Abbas!


Done? Like it, share it :) Blink blink!

Dialog Prestasi Tahun 6 bersama ibu bapa





Done? Like it, share it :) Blink blink!

Sambutan Kem Membaca NILAM 2017

Pada 4 April 2017, Seluruh negara telah melaksanakan sambutan program Kem Membaca NILAM yang diadakan serentak dI seluruh Malaysia. Sambutan diadakan dengan acara bacaan selama 10 minit serentak di seluruh negara.

SKLB turut tidak ketinggalan dalam mengikuti majlis ini. Pihak sekolah telah mengadakan bacaan selama 10 minit tepat pada jam 10 pagi

Seterusnya diadakan pula perasmian minggu membaca yang dirasmikan oleh guru besar SKLB Puan Hajjah Saniya Abdul Salam.


Done? Like it, share it :) Blink blink!

Mesyuarat Agong PIBG 2017

Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang telah mengadakan mesyuarat agong pibg pada 12.3.2017.

Mesyuarat tersebut diadakan bersama istiadat konvokesyen tahun 6 2016.

Mesyuarat dimulakan seawal jam 7.30 pagi. Pelbagai usul dan cadangan telah dikemukan dalam mesyuarat ini. Sesungguhnya, pihak sekolah telah mengambil serius semua cadangan ini dan berusaha serius dalam mencari jalan terbaik untuk semua.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan istiadat konvokesyen tahun 6. Majlis disempurnakan dengan kehadiran Ahli Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun merangkap menteri perladangan dan komoditi yang merasmikan konvokesyen.

Majlis bersurai sekitar jam 2 petang.



Done? Like it, share it :) Blink blink!

Nizam, Perak 100m Lari Berpagar Kebangsaan 2017

Atlet Lari Berpagar Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang,Mohd Nizam Bin Marzuki telah mengharumkan nama sekolah dan Negeri Sabah dalam kejohanan MSSM kali ke 59 di Pulau Pinang yang berlangsung pada 25-29 April 2017.

Dalam kejohanan itu, adik Nizam telah mencatat masa 12.03 saat, kedua di belakang peserta dari Tawau yang menggungguli tempat pertama. Pencapaian seumpama ini merupakan yang pertama kali untuk SKLB sejak ditubuhkan pada tahun 2000. Syabas diucapkan.

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Gotong royong tubag Malagi 2017

Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang telah mengadakan gotong royong tubag malagi pada 23.2.2017. Sambutan ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah daripada pembiakan nyamuk aedes.

Gotong royong ini antara lain bertujuan untuk membasmi penyakit bawaan nyamuk aedes seperti denggi, zika dan sebagainya. Justeru dengan membasmi nyamuk ini, sekolah dapat membasmi pelbagai penyakit di samping membantu mencantikkan kawasan sekolah


Done? Like it, share it :) Blink blink!

Design by me. Powered by Blogger.