Wednesday 29 June 2016

Jamuan berbuka puasa SKLB 2016



Pada 29.6.2016, Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang telah mengadakan majlis berbuka puasa dan solat hajat bertempat di Masjid Zul Jalal Ladang Binuang. Majlis ini bertujuan untuk mengumpulkan ibu bapa murid dan murid tahun 6 bersama sama memohon kepada Allah supaya dilancarkan urusan ketika peperiksaan UPSR nant.

Sebelum berbuka, Majlis dimulakan dengan penyerahan wang zakat dan fidyah oleh pohak Pertubuhan Dakwah Islamiah Kunak (PEKDIS) dan dari pihak sekolah sendiri. Seramai 16 orang murid yang kurang bernasib baik mendapat bantuan pada hari tersebut.
Done? Like it, share it :) Blink blink!

Tuesday 28 June 2016

Motivasi Jejak Ilmu

Murid murid di Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang bertuah kerana telah berpeluang mengikuti ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah dari Indonesia iaitu Encik Sudarman Bin Nasir. Beliau merupakan lulusan Universiti Chulalangkorn  di Bangkok Thailand.

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Senaman Otak

Pada 23 April 2016, murid murid SK Ladang Binuang telah mengikuti sesi senaman otak yang dipimpin khas oleh guru besar Puan Hajjah Saniya Binti Abdul Salam. Sesi senaman otak ini bertujuan merangsang keupayaan minda murid untuk bergerak aktif sebagai persediaan untuk menduduki UPSR 2016 nant.

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Perkhemahan Jambori Nusantara Antarabangsa

Pada 12 Mac hingga 16 Mac 2016, telah berlangsung Perkhemahan Jambori Nusantara Antarabangsa yang bertempat di Kompleks Sukan Stadium Tawau, Tawau. Perkhemahan ini disertai dengan penglibatan dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia.

SK Ladang Binuang turut tidak ketinggalan untuk mengikuti perkhemahan ini. Seramai 40 orang pengakap kanak kanak serta 3 orang pemimpin dari SK Ladang Binuang telah menyertai dengan jayanya perkhemahan ini dari hari pertama hinggalah hari terakhir perkhemahan.

Hal ini bertepatan dengan pemilihan kebitaraan sekolah ini iaitu pengakap, dimana SK Ladang Binuang menjadi penanda aras atau pakar rujuk dalam aktiviti berpengakap bagi kawasan sekitar. Sesungguhnya dengan penglibatan ini telah memberi seribu satu pengalaman dan ilmu kepada pengakap kanak kanak serta pemimpin sendiri.

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Karnival Nilam Peringkat Tenggara dan Peringkat Negeri

Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang telah mengikuti Karnival Nilam Peringkat Zon Tenggara pada 27.2.2016. Seramai 3 orang murid telah mewakili SK Ladang Binuang dan bertanding dalam 2 kategori iaitu kategori Bahasa Inggeris (sekolah pedalaman) dan Bahasa Melayu (sekolah pedalaman). Adik Muhammad Azim telah mewakili sekolah dan daerah kunak dalam kategori Bahasa Inggeris manakala adik Nur Ain dan Siti Adha mewakili sekolah dan daerah kunak dalam kategori Bahasa Melayu.

Kesemua mereka telah berjaya muncul johan dan naib johan dalam Karnival Nilam peringkat daerah Kunak yang diadakan pada tahun lalu. Ini melayakkan mereka menyertai Karnival Nilam peringkat tenggara ini. Tuah terus mengiringi adik Azim apabila beliau berjaya muncul johan peringkat tenggara sekaligus melayakkan beliau untuk mewakili tenggara ke peringkat negeri yang diadakan di Keningau, Sabah. Adik Nur Ain mendapat tempat kedua manakala adik Adha mendapat tempat ketiga.

Di Sekolah Menengah Agama Keningau (7 Mac hingga 10 Mac 2016) iaitu dalam peringkat negeri, adik Azim turut berjaya mencatat keputusan yang membanggakan iaitu naib johan Bahasa Inggeris bagi kategori pedalaman. Hal ini merupakan suatu kebanggan bagi pihak sekolah di atas kejayaan yang julung kalinya ini.


Done? Like it, share it :) Blink blink!

Seminar Didik Berita Harian 2016

Berita Harian saban tahun akan mengadakan Seminar Didik yang bertujuan khusus untuk membantu murid murid di seluruh negara. Di negeri Sabah misalnya, seminar ini telah diadakan di Kota Kinabalu, Semporna dan Lahad Datu.

SK Ladang Binuang turut tidak melepaskan peluang untuk mengikuti Seminar Didi UPSR Berita Harian ini sebagai persiapan untuk murid tahun 6 menduduki UPSR. Tambahan pula seminar yang diadakan di Lahad Datu ini tidak jauh dari lokasi sekolah dan memudahkan murid untuk mengikuti seminar ini.

Seminar diadakan selama 2 hari iaitu pada 27 dan 28 Februari 2016. Pada hari sabtu (27.2.2016) murid murid telah mengikuti seminar sains dan bahasa inggeris. Manakala pada hari ahad (28.2.2016) seminar bagi subjek bahasa melayu dan matematik pula yang diadakan.

Murid telah mendapat pelbagai manfaat berkenaan tips dan taktik untuk menjawab soalan daripada penceramah yang merupaka  guru pakar dalam subjek subjek berkenaan

Done? Like it, share it :) Blink blink!

watikah pelantikan pengawas

Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang telah mengadakan watikah pelantikan pemimpin pemimpin pelajar pada tanggal 18 februari 2016. Watikah pelantikan ini diadakan sebagai lambang pengiktirafan serta pembakar semangat kepada pemimpin pemimpin murid yang telah dilantik.

Sebanyak 55 orang murid yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber serta ahli kelab doktor muda menerima watikah pelantikan pada hari tersebut.

Watikah pelantikan disempurnakan oleh Sarjan Muhammad (Pegawai polis Daerah Kunak) dengan diiringi oleh Guru Besar SK Ladang Binuang, Puan Hajjah Saniya Bt Abdul Salam. Ikrar dibacakan oleh ketua pengawas, adik Muhammad Azim Bin Jamal dihadapan Sarjan Muhammad.

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Sunday 26 June 2016

Kem Riang Ria Pemakanan dan Perasmian Bulan Pemakanan

SK Ladang Binuang telah mengadakan Kem Riang Ria Pemakanan dan Perasmian Bulan Kemerdekaan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Daerah Kunak. Progarm ini diadakan pada 13 April 2016.

Program bermula tepat jam 1.30 petang dengan program pemeriksaan kesihatan oleh jururawat dan penolong pegawai perubatan. Ibu bapa dan guru tidak melepaskan peluang untuk memeriksa status kesihatan mereka. Antara yang diperiksa ialah kadar tekanan darah dan jantung.

Seterusnya ialah acara cabaran teh tarik. Sejumlah 10 orang murid telah mengambil bahagian dalam acara ini. Pemenang diadili melalui kreativiti persembahan, zat, kebersihan dan gaya. Kesemua peserta bersaing sengit untuk memikat hati para juri.

Sejurus itu, telah berlangsung acara membuat sandwich. Pelbagai cara telah dilakukan oleh para peserta khusus untuk menambat hati juri. Masing masing menunjukkan kreativiti bagi menambahkan rasa sandwich yang dibuat. Sandwich yang dihasilkan mestilah menepati tema iaitu mempunyai ciri ciri diet yang sihat.

Encik Izaaz iaitu Pegawai Pemakanan Klinik Kesihatan Kunak telah menyampaikan taklimat kesihatan kepada hadirin yang hadir. Selain itu beliau juga turut memberi sedikit kuiz kepada murid dan memberikan hadiah kepada murid yang menang.

Para ibu bapa turut tidak ketinggalan untuk mengambil tempat dalam program ini. Penganjur program telah menganjurkan cabaran teh tarik khas untuk ibu bapa. Pelbagai aksi mencuit hati telah ditampilkan dalam acara ini. Kesemua yang hadir terhibur melihat aksi ibu bapa menarik teh tarik dengan gaya yang tersendiri.

Sebelum pulang, semua hadirin telah mengikuti acara senamrobik. Majlis berakhir pada jam 5.30 petang

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Design by me. Powered by Blogger.