Tuesday 3 May 2016

Pelancaran Kelab Doktor Muda

Pada 9.4.2016 SK Ladang Binuang telah menghantar seramai 10 orang murid ke Pelancaran Kelab Doktor Muda Daerah Kunak. Daerah Kunak mencatat sejarah yang tersendiri apabila mencatat 100% penubuhan kelab doktor muda di dalam daerah. Hal ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Pelancaran kelab ini dibuat secara ringkas tetapi meriah. Perasmian pelancaran disempurnakan oleh Ahli Parlimen Silam Datuk Haji Datu Nasrun Bin Datu Mansur.
Done? Like it, share it :) Blink blink!

Solat Sunat Gerhana

Pada 9 Mac, lebih kurang jam 9 pagi, seluruh Malaysia telah mengalami gerhana matahari. Fenomena itu yang merupakan fenomena alam yang jarang jarang berlaku dikatakan hanya berlaku setiap 20 tahun.

Warga SKLB turut tidak terkecuali menyambut fenomena ini dengan memanjatkan kesyukuran atas kebesaran ilahi. Justeru seluruh warga SKLB telah bersama sama mengerjakan solat sunat gerhan tepat jam 9.30 pagi

Solat dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Saiful Adli Bin Hashim. Beliau turut bertindak sebagai khatib membacakan khutbah solat sunat gerhana. Sesungguhnya hadirnya gerhana matahari ini merupakan manifestasi kebesaran ilahi sebagai lambang kekuasaanNya. Allahuakbar.

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Majlis Persaraan Encik Liman Bin Nasir

Pada tanggal 10 Mac 2016, Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang telah mengadakan Majlis Persaraan Encik Liman Bin Nasir peringkat sekolah. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Encik Liman sambil diiringi paluan kompang bersama. Beliau diarak dengan jentera pacuan empat roda yang dihias indah khas untuk majlis ini. Selepas diarak. Beliau dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Usai jamuan, majlis di pentas pun bermula. Pelbagai persembahan dipeesembahkan oleh murid dan guru khas untuk Cikgu Liman yang akan bersara. Paling istimewa duet khas dari Encik Ali bersama murid murid tahun 6 yang mendendangkan pelbagai lagu menyentuh kalbu.

Acara kemuncak majlis ini adalah ucapan atau amanat khas dari Cikgu Liman kepada seluruh warga SKLB. Sesungguhnya dengan persaraan beliau SKLB telah mengalami kehilangan yang sungguh besar.

Done? Like it, share it :) Blink blink!

Majlis Mesyuarat Agong PIBG, Konvokesyen Tahun 6, dan persaraan Encik Liman Bin Nasir (Peringkat PIBK)

Pada 6 Mac 2016 (Ahad), Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang telah menganjurkan 3 majlis serentak sempena Mesyuarat Agong PIBG tahunan yang diadakan. 3 majlis tersebut ialah Mesyuarat Agong PIBG 2016, Istiadat Konvokesyen Tahun 6 2015 dan Majlis memperingati jasa Encik Liman Bin Nasir sempena persaraan beliau.

Majlis dimulakan seawal jam 7.30 pagi. Ibu bapa dan guru mendaftarkan kehadiran dan seterusnya mengambil tempat untuk Mesyuarat Agong PIBG. Pelbagai agenda telah berlangsung dan pelbagai usul telah dibincangkan demi untuk kemajuan pendidikan anak murid SKLB.

Usai mesyuarat, majlis diteruskan lagi dengan istiadat Konvokesyen murid tahun 6 2015 sempena pencapaian mereka pada upsr tahun lalu. Murid terbaik yang diraikan pada majlis itu ialah adik Nur Fatin Izzati Bin Abu Bakar yang mendapat keputusan 5A. Beliau diiringi ibunya mendapat wang saguhati beserta sijil iringan.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan majlis Setulus Hati Lambaian Kasih iaitu majlis sempena memperingati jasa Encik Liman Bin Nasir yang juga PK HEM. Beliau akan bersara dalam masa seminggu lagi. Justeru majlis diadakan dengan kerjasama PIBK untuk menghargaikan dan meraikan beliau.




Done? Like it, share it :) Blink blink!

Design by me. Powered by Blogger.