Tuesday 3 May 2016

Majlis Mesyuarat Agong PIBG, Konvokesyen Tahun 6, dan persaraan Encik Liman Bin Nasir (Peringkat PIBK)

Pada 6 Mac 2016 (Ahad), Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang telah menganjurkan 3 majlis serentak sempena Mesyuarat Agong PIBG tahunan yang diadakan. 3 majlis tersebut ialah Mesyuarat Agong PIBG 2016, Istiadat Konvokesyen Tahun 6 2015 dan Majlis memperingati jasa Encik Liman Bin Nasir sempena persaraan beliau.

Majlis dimulakan seawal jam 7.30 pagi. Ibu bapa dan guru mendaftarkan kehadiran dan seterusnya mengambil tempat untuk Mesyuarat Agong PIBG. Pelbagai agenda telah berlangsung dan pelbagai usul telah dibincangkan demi untuk kemajuan pendidikan anak murid SKLB.

Usai mesyuarat, majlis diteruskan lagi dengan istiadat Konvokesyen murid tahun 6 2015 sempena pencapaian mereka pada upsr tahun lalu. Murid terbaik yang diraikan pada majlis itu ialah adik Nur Fatin Izzati Bin Abu Bakar yang mendapat keputusan 5A. Beliau diiringi ibunya mendapat wang saguhati beserta sijil iringan.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan majlis Setulus Hati Lambaian Kasih iaitu majlis sempena memperingati jasa Encik Liman Bin Nasir yang juga PK HEM. Beliau akan bersara dalam masa seminggu lagi. Justeru majlis diadakan dengan kerjasama PIBK untuk menghargaikan dan meraikan beliau.




Done? Like it, share it :) Blink blink!

No comments:

Post a Comment

Design by me. Powered by Blogger.