Sunday 26 June 2016

Kem Riang Ria Pemakanan dan Perasmian Bulan Pemakanan

SK Ladang Binuang telah mengadakan Kem Riang Ria Pemakanan dan Perasmian Bulan Kemerdekaan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Daerah Kunak. Progarm ini diadakan pada 13 April 2016.

Program bermula tepat jam 1.30 petang dengan program pemeriksaan kesihatan oleh jururawat dan penolong pegawai perubatan. Ibu bapa dan guru tidak melepaskan peluang untuk memeriksa status kesihatan mereka. Antara yang diperiksa ialah kadar tekanan darah dan jantung.

Seterusnya ialah acara cabaran teh tarik. Sejumlah 10 orang murid telah mengambil bahagian dalam acara ini. Pemenang diadili melalui kreativiti persembahan, zat, kebersihan dan gaya. Kesemua peserta bersaing sengit untuk memikat hati para juri.

Sejurus itu, telah berlangsung acara membuat sandwich. Pelbagai cara telah dilakukan oleh para peserta khusus untuk menambat hati juri. Masing masing menunjukkan kreativiti bagi menambahkan rasa sandwich yang dibuat. Sandwich yang dihasilkan mestilah menepati tema iaitu mempunyai ciri ciri diet yang sihat.

Encik Izaaz iaitu Pegawai Pemakanan Klinik Kesihatan Kunak telah menyampaikan taklimat kesihatan kepada hadirin yang hadir. Selain itu beliau juga turut memberi sedikit kuiz kepada murid dan memberikan hadiah kepada murid yang menang.

Para ibu bapa turut tidak ketinggalan untuk mengambil tempat dalam program ini. Penganjur program telah menganjurkan cabaran teh tarik khas untuk ibu bapa. Pelbagai aksi mencuit hati telah ditampilkan dalam acara ini. Kesemua yang hadir terhibur melihat aksi ibu bapa menarik teh tarik dengan gaya yang tersendiri.

Sebelum pulang, semua hadirin telah mengikuti acara senamrobik. Majlis berakhir pada jam 5.30 petang

Done? Like it, share it :) Blink blink!

No comments:

Post a Comment

Design by me. Powered by Blogger.