Saturday 11 April 2015

Ceramah Motivasi dari Penceramah Luar Negara


Done? Like it, share it :) Blink blink!

Penutupan Program Transisi

Pada 3.2.2015 Sekolah Kebangsaan Ladang Binuang telah mengadakan penutupan program transisi dan juga majlis permuafakatan pra sekolah. Program dua dalam satu ini bertujuan sebagai pelaporan atau kesimpulan kepada program transisi yang menjadi bulan orientasi kepada murid di sekolah ini. Dalam majlis ini ibu bapa dijemput oleh pihak sekolah untuk bersama sama dengan pihak pejabat pendidikan daerah bagi membincangkan berkenaan program program yang dijalankan sepanjang bulan tersebut.

Seterusnya permuafakatan pra juga bertujuan untuk membincangkan mengenai halatuju murid murid prasekolah di sk ladang binuang.


Done? Like it, share it :) Blink blink!

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Ladang Binuang

Pada 17 Februari 2015 SK Ladang Binuang telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Ladang Binuang. Program ini merupakan hasil usahasama antara pelbagai pihak di Ladang Binuang. antara pihak yg terlibat ialah Sk Ladang Binuang sendiri selaku teraju utama, dibantu oleh pengurusan Ladang Binuang, di samping penyertaan oleh Kilang Ladang Binuang, Pusat Bimbingan Humana dan juga Tadika Binuang.

Objektif utama sambutan ini adalah untuk menerapkan perasaan kecintaan murid dan warga sekolah untuk mengingati dan mencintai Rasulullah S.A.W. Selain dari itu program ini juga untuk bertujuan merapatkan jalinan di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti.
Done? Like it, share it :) Blink blink!

Gotong Royong Persediaan Sekolah Sesi 2015 (4 januari 2015)

Pada 4.1.2015, pihak sekolah sk ladang binuang telah mengadakan aktiviti gotong royong bersama sama ibu bapa bagi tujuan persediaan untuk sesi baru persekolahan. Ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah bekerjasama membersihkan kawasan sekolah, membina pagar, memasang tirai dan membalut meja.
Done? Like it, share it :) Blink blink!

Design by me. Powered by Blogger.