Tuesday 23 May 2017

Cikgu Abbas berpindah ke SK Mostyn

Pada 3 April 2017, Encik Abbas Adul, mantan Penolong Kanan Pentadbiran SK Ladang Binuang secara sah telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Mostyn dan menjawat jawatan yang sama iaitu Penolong Kanan Pentadbiran.

Encik Abbas Bin Adul merupakan guru yang paling lama di sekolah ini dan merupakan satu satunya guru yang telah bersama dengan sekolah ini seawal penubuhannya.

Sesungguhnya dengan perpindahan Encik Abbas ini telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap warga sekolah. Hal ini kerana Encik Abbas atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Abbas terkenal kerana telatah yang riang dan menghiburkan seluruh warga sekolah. Sekolah akan merindukan kelibat cikgu abbas nant. Selamat berpindah ke sekolah baru Cikgu Abbas!


Done? Like it, share it :) Blink blink!

No comments:

Post a Comment

Design by me. Powered by Blogger.