Saturday 11 April 2015

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Ladang Binuang

Pada 17 Februari 2015 SK Ladang Binuang telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Ladang Binuang. Program ini merupakan hasil usahasama antara pelbagai pihak di Ladang Binuang. antara pihak yg terlibat ialah Sk Ladang Binuang sendiri selaku teraju utama, dibantu oleh pengurusan Ladang Binuang, di samping penyertaan oleh Kilang Ladang Binuang, Pusat Bimbingan Humana dan juga Tadika Binuang.

Objektif utama sambutan ini adalah untuk menerapkan perasaan kecintaan murid dan warga sekolah untuk mengingati dan mencintai Rasulullah S.A.W. Selain dari itu program ini juga untuk bertujuan merapatkan jalinan di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti.
Done? Like it, share it :) Blink blink!

No comments:

Post a Comment

Design by me. Powered by Blogger.