Thursday 2 January 2014

Kembali Ke Sekolah


SK Ladang Binuang mengucapkan selamat datang dan selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SK Ladang Binuang.

Selamat bertugas kepada guru-guru dan kakitangan sekolah. Begitu juga selamat meneruskan perjuangan kepada murid-murid tersayang.

Sedikit gambar yang dapat dikongsikan sepanjang hari pertama kembali ke SK Ladang Binuang, Kunak. 




Guru Penolong Kanan Akademik menyambut ketibaan murid-murid Tahun 1 yang pertama kali menjejakkan kaki ke arus Perdana. 



 Murid-murid yang bersemangat kembali ke sekolah setelah bercuti hampir dua bulan.



Guru Tahun 6 menyambut murid-murid tahun 6 dengan kata-kata semangat dan kata-kata perangsang untuk menduduki UPSR pada tahun ini. 






 Murid-murid Pra Sekolah memulakan hari pertama mereka dengan aktiviti yang menceriakan mereka, membuahkan senyuman di wajah masing-masing. 




Aktiviti membaca pada awal pagi bersama murid-murid pemulihan, di bawah bimbingan Puan Normadiah binti Manah. Program ini dijalankan setiap hari pada tahun-tahun sebelum, dan sudah menjadi rutin murid walaupun pada hari pertama persekolahan. 



Semoga hari-hari seterusnya akademik dan program sekolah akan sentiasa berjalan dengan lancar, dengan sokongan guru-guru, kakitangan sekolah, murid-murid dan juga para ibu bapa yang tidak putus menyokong dari semua aspek. 



Done? Like it, share it :) Blink blink!

No comments:

Post a Comment

Design by me. Powered by Blogger.