Nama SK. Ladang Binuang diwujudkan pada 4 Oktober 1999. Nama ‘Binuang’ diambil sempena nama spesis tumbuhan yang hidup merala di kawasan ladang iaitu tempat sekolah ini dibangunkan sebelum ianya diterokai.
Mula
beroperasi pada 9 Februari 2000 dengan murid seramai 260 orang (8 kelas), 8
orang guru dan 2 orang staf sokongan. Sementara menunggu bangunan sekolah siap
dibina, murid-murid S.K. Ladang Binuang menumpang belajar di SK. Mostyn pada
sesi petang sehingga 30 Julai 2002.
Warga SK.
Ladang Binuang mula menikmati kemudahan belajar di bangunan sendiri pada 1 Ogos
2002. Bangunan yang dibina 100% oleh Golden Hope Plantation Berhad. Mengandungi
2 blok bangunan yang menempatkan 6 bilik darjah dan bilik pentadbiran di blok
pertama, manakala kantin dan tandas murid di blok kedua.
Majoriti
murid sekolah ini terdiri daripada anak-anak pekerja ladang yang sebahagian
besarnya dari suku kaum Bugis. Sikap rajin dan cekal yang diwarisi, menjadi
modal paling berharga untuk membolehkan SK. Ladang Binuang duduk sama rendah
berdiri lebih tinggi dengan sekolah-sekolah lain yang lebih senior.
No comments:
Post a Comment