31 Disember, tarikh dimana semua warga SK Ladang Binuang bersatu hati dalam menjayakan program yang dirancang bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti dimulakan dengan Mesyuarat Pengurusan 01/2014 SK Ladang Binuang pada pukul 7:30 a.m. melibatkan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah.
Mesyuarat membincangkan Takwim 2014 dan beberapa agenda lain yang melibatkan usaha SK Ladang Binuang dalam meletakkan sekolah di kalangan sekolah terbaik di Sabah.
Bermula pukul 9:30 a.m., sesi pendaftaran murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dijalankan yang melibatkan Guru Kelas bagi setiap tahun, dan dibantu oleh Pembantu Guru Kelas masing-masing.
Sebaik sahaja pendaftaran murid-murid selesai, program diteruskan dengan gotong royong yang melibatkan usaha-usaha menceriakan sekolah. Aktiviti ini mendapat sokongan dan bantuan penuh ibu bapa yang merupakan ahli PIBG SK Ladang Binuang, Kunak.
Aktiviti menceriakan taman sekolah dengan mengecat batu-batu dengan cat yang berwarna-warni yang dilaksanakan oleh bekas murid SK Ladang Binuang.
Gotong-royong membalut meja murid dan memasang skirting bagi usaha menceriakan kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 yang diusahakan oleh para ibu bapa selaku ahli PIBG SK Ladang Binuang.
Pn. Diah, AJK PIBG yang banyak menyumbangkan tenaga dalam persatuan dan merupakan orang kuat PIBG dalam menghulurkan bantuan dalam penyediaan juadah bagi setiap acara sekolah yang dijalankan yang melibatkan PIBG.
Hasil kerjasama ibu bapa, guru-guru dan murid-murid dalam menghasilkan sebuah sekolah yang memiliki bilik belajar murid-murid yang kondusif bagi memantapkan lagi suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Diharap program seperti ini akan sentiasa dapat dilaksanakan di sekolah dan sentiasa mendapat sokongan daripada bukan sahaja pihak kakitangan sekolah, malahan daripada pihak ibu bapa yang sentiasa sama-sama mendukung cita-cita sekolah untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak didik di SK Ladang Binuang.